home about cerpen puisi

Sunday 24 April 2016

Puisi #8 - Berjuang

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.

Tajuk : Berjuang


Bila kau menangis teresak-esak,
Kau zahirkan segala sakit yang terjebak,
Segala onak kau tempuh dengan penuh sebak ;
dan kau penat untuk terus menangis melalak.

Dalam dakapan penuh percaya,
Kau bangun untuk cari pelangi jiwa,
Menuai cebis-cebis iman dan taqwa,
Bergantung hanya kepada Allah semata.

Perjuangan ini tak semua lihat,
Mereka hanya perhati kita disengat,
tapi tak rasa apakah itu sakit keringat.

Kerana ;
Perjuangan ini Allah hadirkan untuk kau rasa,
Allah ingin hadirkan kekuatan yang diminta,
Sakit mereka, di lain cerita,
Ini kau punya, kau hadaplah dengan rela.

Sabarlah ;
dan teruskan berjuang dalam ujianNya.


Tarikh lakar : 24/04/16

Nota hati :

Dunia bukan tempat berehat, teruskan berjuang. Jangan berhenti, jangan pernah berhenti percaya pada janji-janji Allah. Ujian Allah bagi bukan untuk melemahkan. Percaya.


Terima kasih,
seorang penulis.

Sunday 17 April 2016

Puisi #7 - Pergi

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.

Merhaba !

Tajuk : Pergi


Aku pergi bawa duka,
Aku cari sejuta makna,
Aku pergi kerana redha,
Aku pulang bawa bahagia.

Beri aku masa,
Ujian ini tidak mudah,
Akhirnya aku pasrah
Kerana aku percaya,
Keadilan Allah selamanya setara.

Jangan hukum aku terlalu melulu,
Aku bukan robot berhati batu,
Aku hanya ingin pergi seketika,
Dengan izinNya ; aku akan kembali semula.

Mohon terbangkan doa,
Aku terlalu dambakan ia. 


Tarikh lakar : 2015

Nota hati :

Tinggalkan segala yang buat hati semakin berduka dan carilah setiap makna untuk cipta perasaan redha itu. Percaya pada Allah !

Terima kasih sudi baca, byebye
seorang penulis.

Wednesday 13 April 2016

Holiday di Cameron Highlands !

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.

Merhaba ! hangpa semua sihat dak? Kami nak habaq, weekend minggu lepas, kami sekeluarga pergi beronok-ronok kat CH ! Gila lama tak cuti bakhang. Dia punya excited tu tak terkataa ! Punya dok hitung hari, aku siap buat reminder lagi kat calender henpon. Tudiaa laa. hahahaahah.

Seingat aku, last aku pergi Cameron waktu sekolah rendah, sekarang aku dah habis sekolah dah pun. Lama kan? Patut teruja lebih. Tambah pulak sekarang ni musim panas, memang tepat la permilihan tempat vacay tu. Kihkih. Nak tanya, hangpa last pergi bilaa? :D

Kami rancang cuti  3 hari 2 malam, Jumaat, Sabtu and Ahad. Tapi nak buat lagumana, sebahagian kami balik petang Sabtu sebab aku kan ada temuduga IPG. Tak boleh nak buat apa dah. Gila sedih taktau nak kata laaaaa. Balik dari jenjalan hari Sabtu tu, terus berubah mood. Huhuu. Redha je!

Beletiaq panjang ngat. Kami belanja dua tiga keping gambaq ja laa nahh. 


Ni aku kat ladang teh. Ya la. Takkan kat ladang jagung kot ! kihkih.
Cantik wehh view dia. Subhanallah ! Hijau yang mendamaikan.

Aku pakai kain hitam, memang kotoq ler gamaknya dgn tanah bukit tu.. Nak terjatuh weh bila turun tu. Huahua.


Ni anak buah yang hensem and lawaa. Depa dua memang sweet. 
Acah-acah kat taman bunga. Muhammad & Hikmah.


My family ! Tak cukup forum ni. Ramai lagi takdaa. Baru berapa kerat ja dlm gambaq ni.
Cari la kami, kami hat duduk tu. ngee.

Sejuk betul kat CH ni. Kami pi pasaq malam kat Brinchang, memang sejuk dingin gila. Hotel kami duduk tu nama dia Capthorne Hotel. memang takyah aircond or kipas pun ! natural sejuk gilaa. Ayaq paip dia kalau sentuh, fuh. Tak sanggup. Hehe. View dari balkoni pun lawaa ! 


Okey then, banyak lagi gambaq, tu ja la kami nak kongsi. Kami seronok sangat, kami taktau nak cerita lagumana. Hihii. Terima kasih my family ! Kami SAYANG keluarga kami ! Alhamdulillah.

-

pss : sebenaqnya kami dapat ilham nak tulis cerpen bila dah merantau negeri orang ni. Ada pengalaman so ada la ilmu sikit. Doakanlah kami naa. Kami lama dah tak mengarang cerpen. Huaaa.

Terima kasih baca. Kami hargai !
byebye,
seroang penulis.


Mini Giveaway By Niena Annisa'

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.


ASSALAMUALAIKUM


*click banner to join

Apa khabar semua? Jom ramai-ramai meriahkan first giveaway daripada Niena.

Giveaway ini bermula dari 3 April dan berakhir pada 30 April 2016 pada jam 11.59 malam.
Syarat penyertaan amat mudah. Niena harap semua dapat ikut ya.



HADIAH :




Shawl chiffon x 2 pemenang

-

Tudiaa tudiaaa hadiah dia naiss gilaaa. All the best kepada yang join ! Lekaih join sapa yang tak join lagi tuuu. ^^


baibai,
seorang penulis.

Tuesday 12 April 2016

UKCG Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.


Merhaba. Hahah. Sat ada, sat takda aku kat blog ni. Maap naa. Mula sibuk dah even belum mula sambung belajaq lagi. Banyak hal lagi yang lebih penting. Heh.

Okey, nak habaq Ahad yang lepas, aku dipanggil temuduga untuk Institut Pendidikan Guru. Alhamdulillah, haritu mohon IPG ni pun sebab mak suruh. Act, aku ada impian lain tapi mak berharap sangat. Even berat hati nak pergi iv tu, tapi pergi jugak. And terpaksa pendekkan holiday di Cameron Highlands. Sepatutnya 3 hari 2 malam. tapi jadi 2 hari 1 malam ja kat Cameron. Petang Sabtu dah otw balik Perak. (sedih) huhuuu.

Lepas Subuh hari Ahad tu, siap-siap terus ke Kedah. Mohon kat Perak, dapat kat Kedah, Accept ja la. Dah sampai tu, pergi tengok-tengok dulu area Institut Pengajian Guru Bandar Darulaman, tempat temuduga tu lah. Aku sesi kedua, so tengahari baru start.

First, ujian bertulis. Lebih kurang 1 jam, kena jawab 130+60 soalan. Sebelum mula dah dimaklumkan, bila jawab tu tak payah pikiaq banyak. Jawab je. Hahahha. Lalu aku pun jawab dengan bahagianya. Lol

Lepas zohor, ujian yang dinanti. sangat ! hahaha. UKF stands for Ujian Kecergasan Fizikal. Aku memang tak ready. Kawan-kawan aku yang lain ada yang praktis lari, macam2 lah. Aku just praktis simple2 je malam balik holiday tu. Tak larat aih. 

Demi mak, aku memang tekad nak buat sungguh-sungguh. Alhamdulillah, aku berjaya tekan tubi 32 kali (max 30 kali) , sit-up variasi sampai step 4 dari 5 step , duduk jelunjur dan jangkau tu boleh la tahan, BMI normal kot! hahaha. Checkpoint paling last adalah BLEEP TEST ! Hat ni paling risau sebab peratus paling tinggi antara yang lain-lain. 

Apa tu bleep test? LARI ! Lari ulang-alik pada jarak yang sama dan masa yang sama. Syaratnya kena sampai ke garisan sebelum bunyi, kalau dah bunyi tapi masih belum sampai garisan, kena kad kuning, and kalau gagal lagi, apa lagi.. out lah.

Aku sampai level 3.2 . Means, lepas ! Lepas untuk tahap perempuan. Alhamdulillah. memang nak pitam lepas habis tu. Lama tak lari weh. Hampir kejang kaki. Memang nak uji stamina kita, makin lama lari, akan makin penat. Aku sampai kena kad kuning, then give up. Niat memang nak bagi lepas level 3 je. Hihi

Sakit satu badan, sampai sekarang pun rasa lagi. Ingat senang ke nak jadi cikgu? Assigment nanti lagi susah dari ni tau dak? Hahah Terngiang-ngiang apa yang pegawai tu cakap. Aku gelak je lah.

Dah habis semua tu, keluar dewan. Mak terus datang and peluk aku. Seriously, aku dah boleh accept kenapa mak nak sangat aku diterima ke IPG ni. Aku cakap kat mak, tak kira apa pun, aku nak doa bagi dapat jugak temuduga seterusnya. Mak terharu. I can feel it. Mak kata waktu aku tengah kat dalam dewan, mak solat, mak sujud lama. Tak terkata apa yang aku rasa waktu tu. And aku puas sbb aku dah buat sehabis mampu aku . Thank you mom!


In sya ALLAH, doakan rezeki aku ada untuk dipanggil lagi ke temuduga seterusnya dan diterima masuk ke IPG. Nak jadi cikgu ! 

Itu je nak habaq kat hangpa. Terima kasih sudi baca. Doakan Najihah kekal kuat lepas ni. 

Byebye,
Seorang penulis.

Sunday 3 April 2016

Puisi #6 - Nikmat

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.

Merhaba !

Tajuk : Nikmat


Bila pelangi bicara,
Kita tahu dia bahagia,
Setelah badai melanda.

Bila awan seputih kapas,
Kita tahu dia ketawa lepas,
Tiada mendung yang memintas.

Bila matahari memancar sinar,
Kita tahu dia ikhlas memancar,
Tanpa cuaca buruk mencakar.

Bila bulan menyeri kelam,
Kita tahu dia sebarkan salam,
Tanpa gangguan ribut malam.

Dan bila ;
Manusia senyum saja,
Kita tahu dia syukur pada Pencipta.

Syukur ;
Untuk segala nikmat.


Tarikh lakar : bulan disember 

Nota hati ;

Senyum dan syukurlah ! Tak terkira betapa banyak nikmat yang ALLAH pinjamkan kepada kita selama kita bernyawa. Ucap Alhamdulillah !


terima kasih sudi baca,
seorang penulis.