home about cerpen puisi

Wednesday 10 February 2016

Puisi #4 - Sabar

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.
Merhaba !
Tajuk : Sabar
Hukum lagi dan lagi,
Biar dia hilang arah,
Biar dia mula kalah.

Seketika nanti ;
Langit kembali berwarna,
Rintik hujan tiba,
Pelangi akan muncul cerah,
Angin payung segala parah.

Ada harinya,
Aku sudah kata,
Biarkan saja derita.

Kerana ;
Allah Maha Kuasa,
Tak akan biar hujan selama,
Meski pelangi sekejap cuma.

Biarkan air mata menyambar,
Bangkit jadi hamba penyabar.

Tarikh lakar ; 09 November 2015
Nota Hati :
Memang kita terasa penat dengan sakit yang sarat. Tapi kenapa perlu ragu dengan ALLAH? Kalau kita percaya dengan janji-janji ALLAH, kita tak akan mudah lelah. Sabar ! Kunci kebahagiaan yang patut kita sedar kewujudannya.
terima kasih sudi baca,
Seorang penulis.

Wednesday 3 February 2016

Safe Journey.

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.

Merhaba !


Alhamdulillah dah selamat sampai rumah malam tadi dalam pukul 9 malam macam tu. Pukul 8.28 aku selamat turun dari train. Makanya, apabila naik train sensorang, berlakunya perkara yang tidak diingini. Heh !

Along and suami and anak-anak teman aku sampai depan pintu train ! Pasaipa? Pasai aku tak pernah naik train sensorang kan. Aku punya cuak, Allah ja tau. Muka senyum, jantung bergetaq. hahaha. 

Bayangkan, buka pintu train pun taktau. Grr. Dah pasaipa pintu train tu kena tolak atas dia punya tombol. Hish. Aku punya semangat tolak ke bawah. Sedih sedih. Dah masuk pintu utama, so kena masuk pintu pemisah koc dengan koc. Pintu tu masalah, aku punya jenuh bukak, rupanya kena tekan button kat tepi tu. Hish. Sabo je lah.

Dah masuk koc aku, aku jalan la cari tempat duduk, disebabkan aku masuk pintu belakang, so aku kena jalan sampai ke depan sebab seat aku 4A. Memang depannnnnn la. 

Ini aku lagi cuak, train dah jalan aku tak jumpa lagi tempat duduk. Dah jumpa, and ada orang duduk ! Whatt ? Dah la kiri kanan depan belakang ada orang duk perhati. 

Aku cakaplah kat makcik tu, 'ni tempat saya, 4A. ' Makcik tu terkejut. Hish. Aku ni? Tak rasa macam nak pengsan dah gayanya. Aku dah mula fikir aku silap naik koc la, silap baca no seat la. Aku menyalahkan diri aku ! hahahha. Cuak weh cuak.

Last last ada bro mana ntah, dia kata duduk je kat belakang tu (belakang seat 4A.) Aku pun pasrah je lah. Senyum and ucap terima kasih. Dah duduk tu, rasa fuh ! lega.

Duduk je terus Along call, Along tanya dah dapat seat ka belum. Aku pun cerita la. Along kata takpa, duduk ja. Kalau ada orang nak duduk, aku kena pindah. Dan sampai akhirnya, aku duduk seat 5A tu je lah. Syukur !

Annis, teman aku sepanjang dalam train. Dia whatsapp aku, tanya macam mana dan macam mana. So cuak aku makin lama makin hilang. Hii. 

Sampai je, terus galas beg and keluar pintu, yey dah tau cemana nak bukak pintu. hahaha. push the button. hahaha. pastu ada aunty bangsa cina, dia tak reti bukak pintu utama, same goes macam aku mula-mula nak masuk tadi. kehkeh.

Sampai je kena turun lift. Aku ikut orang je. Kena turun stage bawah, Dua kali jugak la kena naik lift kalau malas turun tangga. hihi. Dah sampai , terus cari surau sebab dah lewat nak solat maghrib. Then balik rumah ! Abang aku dah setia tunggu. hahah.

Tu je nak habaq. Bagi hangpa yang tak reti naik train lagi tu, bawak bawak la pergi naik. Kehkeh. Apa yang buat aku cuak naik train adalah kerana train berhenti sekejap je, so kita yang kena rushing cari tempat duduk sebelum train tu bergerak dan kita mula cuak. hahaha

Ini pengalaman hidup. ^^ mungkin nampak remeh tapi bagi aku ni pengalaman untuk mengajar aku. 


Bye Muhammad and Hikmah. Mohon rindu acik, sebab acik dah rindu abang and adik. huhuh. Nanti jumpak lagi okeh ! Acik nak kena pergi jaga Syuib pulak kat Melaka nanti. hihi 

tata,
seorang penulis.

Monday 1 February 2016

Life Goes On.

Bismillahirahmanirahim.
Merhaba !

Lepas dah merdeka awal bulan 12 dua ribu lima belas , aku hanyalah si manusia yang cuba untuk meluangkan masa dengan sebaiknya tapi akhirnya aku hanya mereput, mereput dan terus mereput. hahaha .


Tapi sekejap je lah. Akhir bulan 12 tu Along aku ajak duduk rumah Along, jaga anak-anak Along. So aku nak balas jasa Along yang dah banyak tolong aku, aku setuju je lah. Abang nama Muhammad, adik nama Hikmah. So cutee anak anak buah Acik ni ( anak2 panggil aku acik hokey )

Ok, aku nak cerita pengalaman aku. *cewah* moments bila bersama anak anak bijak ni.
Antara part yang aku suka, Muhammad and Hikmah suka main peluk peluk. Bila aku cakap je macam ni ;

" Sapa sayang Acik... peluk Acikkk ! " 

Gigih dua dua tu lari mai kat aku, then terkam peluk ! so cute la. Dua beradik ni memang selalu buat macam tu tambah lagi dengan ibu and ayah depa. kalau dengan aku, selalunya aku akan sambut peluk Hikmah dulu lah, sebab nanti takut kena rempuh dengan abangnya. Heee.. Hikmah lari pun kedek kedek lagi. comel betol ! bayangkan, umur dia dah masuk 2 tahun/2016 tapi masih pakai baju untuk bayi 0-6 bulan. Keh2

Muhammad dah masuk tadika awal bulan Januari 2016! Baru 4 tahun, tak nangeh, tak meragam. Dia sendiri nak pergi. Brilliant. Mungkin berkat Along and suami yang ajar Muhammad sejak kecik tak boleh pegang hp main game and tengok kartun. Anak anak Along memang bijak. Aku kagum actually. ^^

Ni moment aku tak akan lupa, part aku dengan Hikmah. I dont know why, ada hari, aku rasa beban sangat hidup ni sebab ada la masalah sikit datang, lepas solat aku nangeh. telekung tak bukak lagi semua. Then, Hikmah masuk bilik. Aku memang tak larat sangat waktu tu. Hikmah datang, dia buat apa tau tak?

Yes. Dia lap ayaq mata aku ! TT.TT

Bayangkan aku waktu tu, lagi berdentum sebak, berderai bersepai ayaq mata. *hiperbola sikit* Dia faham aku sedih, cumanya dia masih kecik, dia tetap ajak main. Hee. Aku layan la jugak even ayaq mata duk meleleh lagi hahahahah --' k.

Serius, jaga anak anak kecik ni satu pengalaman yang berharga bagi aku.
Hujung bulan Januari ni aku stop jaga anak anak Along. Aku travel balik kampung sekejap, then bulan Februari aku fly pergi Melaka. Sambung jaga anak buah lagi. Wuhuuu. Kali ni jaga anak Kak Ikah pulak, kakak aku nombor tiga. Teman Kak Ikah jaga Syuib sementara ayah Syuib boleh tukar kerja di Melaka. 

Sebelum bulan Mac, aku akan balik Perak. Weh! Bulan Mac weh! Result SPM wehhh. hahahaa. Apakah. Kenapa aku rasa sekejap sangat waktu berlalu. kah!


Itu je kot nak habaq. Doakan urusan aku dipermudahkan ye. ^^ Esok balik kampung dah, first time naik bas ekspress train sorang sorang. Keseorangan. Sendirian. Tiada teman. HAHAH ! kbye.
Life goes on. ^^


till then,
seorang penulis.