home about cerpen puisi

Thursday 31 March 2016

Puisi #5 - Pendam

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.

Merhaba !

Tajuk : Pendam


Hairan.

Berapa kali perlu beralah,
Ikut kata yang petah,
Sedang sang hati melara,
Apa dia bukan manusia?

Tak mahu orang sedih,
Hatinya sendiri ditindih?
Melecur rasa didih,
Selamanya masih.

Prinsip pendam,
Jangan sikit ;
Tunjuk sakit.


Tarikh lakar : 06 November 2015

Nota hati :

Bila kita pilih untuk diamkan segala duka, jangan diamkan sendiri, mengadulah pada Ilahi. Jangan mengadu dengan manusia, risau nanti makin terluka.

terima kasih sudi baca,
seorang penulis.
^^

Korean Super Spicy Ramen Challenge

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.


Merhabaaaa ! Hari Isnin yang lepas, telah berkumpulnya kami geng Ukhwah Fillah dengan misi untuk menyahut satu cabaran. Tak semua ahli join. Yang ada hanya aku, Annis, Hana, Ruby, Faten, Adel, Ida, Aina and kepada tuan rumah, Syaza. 

Disebabkan Aina & Syaza dah berlesen untuk bawak reta, maka digunakan kelebihan tersebut untuk bawa kami semua pergi mall semata-mata nak cari bahan untuk cabaran tersebut.

Krik krik. Ayat apa hang guna ni Najah? Poyo nak mati. HAHAHAA. Weh, aku cakap teruih terang la, sapa yang sahut cabaran makan mee ramen tu memang gila ! Kami hat makan bukan sorang sebungkus pun terbakaq lidah dan berkejaran cari ayaq apatah lagi yang makan satu bowl tanpa ayaq ! gila ! Amik, gila aku bagi. Tapi gila-gila hangpa tu lah yang awesome derr. 

Kami nak rakam full video kami semua makan tapi disebabkan kami takda space yang memudahkan urusan makanya kami pelahap la dulu makanan pedaih berapi tu. dah semua mulut berasap baru rakam sikit video untuk kenang-kenangan gitu. Ceh. 

Aku adalah insan yang terawal habiskan mee ramen tu. *big claps* eh nanti, cepat habis bukan apa, waktu tu tengah lapaq gila. Ada aku kisah pedas ka tak. Hahaha. Lagipun kami share-share hidang dalam pinggan so takdalah banyak sangat. Siap boleh tambah lagi kot. Punya lapaq la. Dan sampai part rasa bergelegak otak, terus pi dapoq cari sinki ! bukan muntah tapi saja mahu manjakan lidah dengan air. kasihan lidah, berapii. HAHAHA !

Annis is the winner.. dia makan paling lambat dan paling tak minum ayaq sampai kesudah. Orang makan cepat sebab pedass, dia makan sat makan sat berhenti, amik nafas, amik semangat. Kehkeh. Terbaik la. Thank you geng UF ! 

Dan apabila selesai pada siang itu, makanya di group whatsapp UF, berkata-katalah kami untuk menyahut lagi cabaran itu hahahhaa. sebab RINDU KEPEDASAN tu. Kah!

Yang lawaknya, bibir semua macam pakai gincu. merah menyala. mata bersih dengan genangan ayaqmata. pipi boleh jadi macam pakai blusher. Punya nak kata SUPER SPICY ! Ketul ais rumah Syaza memang pencuci mulut kami. Tenkiu tuan rumah !

Siapa yang tertarik nak cuba, bolehlah tengok dulu video-video di youtube bout this challenge. Baru kau tahu apa yang aku maksudkan dengan RINDU KEPEDASAN itu hahahaa.

- ini kelakor gila hahahha -


Okey, itu je, byebye
seorang penulis.

Wednesday 30 March 2016

Two Movies Done !

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.


Acc, dah lama nak cerita tapi mood nak on lappy hilang jatuh gaung. Serius, aku malas tahap dewa nak mengadap lappy. Huaaa. Tajuk macam havoc sangat. HAHAH. Betoilah. done tengok Boboiboy The Movie & Munafik ! 

Nak habaq yang haritu aku dah pi tengok BOBOIBOY THE  MOVIE. Along belanja. Wuhuu. Dah ada yang nak belanja. Kita on je lah. Kikiki. Along kata nak meraikan result spm aku. kebetulan boboiboy the movie tu keluaq wayang 3Mac, sama dengan tarikh umum result spm. Tapi takdalah pi haritu jugak. Hehh. ^^ 

Fyi, itulah kali pertama aku masuk panggung wayang. Hahah. Yeah. Pestimeee. XD Bukan apa, selama ni macam tak minat sangat nak pi terjah, tapi bila dah sekali pi tengok, rasa macam hari-hari nak pi tengok. HAHAHAHA ! Banyak pulak list movie yang aku teringin sangat tengok. Banyak movie bestt woo sekarang nieee !

Alright, bagi aku yang umur 18 tahun ni, seriously, aku terhibur tengok Boboiboy The Movie tu. Memang best ! Lawak ! Sedih pun ada weh ! Memang berbaloi la. Ranking movie tu pun melambung tinggi kan? Terbaik. Kalau part lawak tu, memang akan gelak sehabiss gelak. Tak reti la nak cover gelak. Hahaha. Haihh mau menangeh aku gelak dengan watak yang pelbagai memang dabessst !

Banyak jugak moral movie ni. Paling nampak adalah erti persahabatan. Part Octobot mati tu, huaaa. genang jugak ayaqmata ni. Bayangkan, kartun kot, tapi boleh sentuh hati penonton. Memang berbaloi tengok. Mak ayah yang bawak anak anak pun gelak sakan bila part mencuit hati. Itu lagi terbaik. Hiii ^^

Next !

Alright, untuk MUNAFIK. Wehhhhh tolong laaaa. Sapa yang tak tengok lagi tu tolongg la tengokk. Tak nyesall wehh. Nak tutup mata guna hujung jari ka hujung shawl ka hujung jari tangan kawan sebelah pun takpa asalkan tengoklah. *nampak tak semangat hahahaha*

Kali ni aku pergi dengan kawan-kawan. Annis & Ida. Rempit naik moto punya nak kejaq time last last lambat jugak. 20 minit late ! Masuk-masuk terus part tercabut jantung. Kau raseee ? Aku akuilah awal awal tu memang aku excited nak tengok, and bila part tetiba sound slow, memang kena ready untuk pujuk jantung. hahahah.

But honestly, Munafik memang sebuah karya yang amat berkualiti. Berlambak review kawkaw untuk karya Syamsol Yusof ni. Setiap sudut, setiap detik memang akan membawa kita untuk kembali muhasabah diri. Thumbs up ! Sampai dah habis tengok tu, aku rasa nak tengok sekali lagi sebab tak puas. Satu, sebab miss 20 minit, second sebab aku nak menghayati lagi !

And one more, aku start menangis bila Ustaz Adam gali semula kubur isteri dia sebab dia dah give up dengan anak dia, Amir yang selalu ingatkan dia pada arwah isteri dia. Even seram mayat tu tapi aku tatap juga dengan esakan. Huaaa. seriuss itu part paling menyentuh hati aku. Dengan ayat yang tiptop keluar dari mulut Ustaz Adam waktu marah Amir. Aku sampai bersuara , ' Ya Allah, ustaz Adam tolonglah sedaq, jangan macam ni, tolong la. ' sambil aku menangeh dengan kawan sebelah lagi teresak-esak! and last rasa lega sebab tu hanya mimpi ustaz Adam ! grr.

Tapi weh, seram movie tu memang woahh ! Aku tiap kali terbayang Nabila Huda mesti aku terbayang Maria. Meremang weh, Ni tengah menaip pun duk pandang kiri kanan. Heeee. And satu yang aku tak sangka adalah hakikat anak Ustaz Adam, Amir tu sebenarnya dah..... Huaaa wehh. Itu paling aku tak sangka. Lagi buat aku faham apa yang cuba disampaikan dalam movie tu. Amazing !

Banyak pulak review aku untuk Munafik. Hihi. Sebab memang berkualiti. Nak cerita semua nanti jenuh tak terpublish entry ni. Kehkeh.

Okeylah. Itu aje nak habaq. Berharap industri perfileman Malaysia masih mampu hasilkan filem yang berkualiti. Proud to be Malaysian ! eh, :P


Okeyy byee.
Seorang penulis.

Saturday 19 March 2016

Result SPM ?

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.

Merhaba.


Ya. i know. macam tak releven nak cakap pasal result spm yang dah lama diumumkan hahahaha lama kaa? Kenapa rasa lama sangat. Rasa macam mimpi. Fuh.

Guess what, betullah apa orang kata, bila kita dah habis sekolah, kita akan rasa RINDU nak sekolah semula. And aku rasa semuaa tu ! Like whatt? HAHAH. Dulu punyaa berdoaa la biaq cepat masa berlalu so boleh berambus dari sekolah menengah tu cepat-cepat tapi bila dah keluaq, rasa RINDU. Serius, tak tipu. annoying kan? ngek.

Orait, back to topic, Alhamdulillah, Allah bagi aku rezeki yang tak disangka-sangka langsung. Aku masih terkejut dan masih rasa tak percaya. Daripada 11 subjek yang aku belajar, aku target paling tinggi maybe aku dapat 7a. And i dont care sama ada A-, A or A+ . Tapi berkat doa mak ayah, cikgu2 and semua, Alhamdulillah aku berjaya naik stage. Alhamdulillah. aku dapat 9a. Satu straight A, 3A and 5A- . Alhamdulillah.

Actually, yes. Aku sangat gugup. So, aku buat keputusan untuk cek pakai sms sambil tunggu dalam dewan tu. majlis mula lambat. huuu. Aku risau if i cant control the situation. Seriously. Ayaq mata ni takyah habaq laa. Jatuhh berderaii ! T.T Bila aku tengok sms tu, aku terkejutt. sangat sangat. Aku sampai tak boleh nak bagitau kat kawan-kawan lain. Aku diam kat atas kerusi and nangeh. Thats it. 

Bila nama untuk pemegang 9a naik stage, aku dah boleh control perasaan. huhuu. Macam mimpi. Serius. Tapi aku jujur cakap, aku rasa malu. sebab study aku takda hard sangat, takda la smart sangat. Tapi satu aku nak share, pulun la solat dhuha banyak-banyak. Aku pun selalu tinggal solat dhuha, seminggu terakhir sebelum ambik result tu, aku pulun habis. huu. Al-Quran jangan tinggal. Baca selalu. Takda apa yang boleh ubah takdir hidup kita melainkan usaha kita sendiri dan tawakal sepenuhnya kepada ALLAH.

Bila tengok mak ayah seronok, cikgu-cikgu seronok sampai menitis airmata, itulah hadiah yang aku nak sangat bagi. Memang tak mampu nak balas jasa mereka, moga ALLAH balas semuanya dengan seadanya. Aaminn !

For sure, aku mengaku. aku gagal satu subjek. yes. gagal. Additional Mathematics. T.T . Tapi aku tak sedih sebab aku tau usaha aku sangat sikit untuk subjek killer tu. Huuu. And for Prinsip Akaun, Alhamdulillah, C+. Cukuplah tu, daripada selamanya ni nak dapat C pun susah. Huu..

Alhamdulillah. Syukur. Perjuangan di alam sekolah menengah dah tamat. Next journey ? In sya Allah, Moga ALLAH mudahkan segalanya. Hanya ALLAH tempat kita bergantung harap. Setelah susah payah, pasti akan ada kesenangan. In sya ALLAH.

Terima kasihh kepada family, cikgu-cikgu, teman seperjuangan and semua yang mendoakan dari kejauhan. terima kasih ! Alhamdulillah. ^^

Welcome to the real life ! Wuhuu.



Tata,
seorang penulis.

Friday 18 March 2016

I'm back !

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.



Merhabaaa ! Hahah. I'm back lah sangat kan. Sorry sebab hilang secara mengejut. Gilaa banyakk nak story nie. T.T Apa-apa pun nak habaq yang aku RINDU kawan-kawan, hakak-hakak, hadik-hadik bloggers sekaliann. T.T Baru ni ada mood nak mengadap blog. Plus, wifi rumah pun kembali sembuh dah ni. hahaha.

Alhamdulillah, result SPM dah diumumkan 3 hb Mac haritu kan? Alhamdulillah, result aku mampu bahagiakan parents, cikgu2 and semua yang mendoakan. Alhamdulillah. 

Alhamdulillah jugak, 3 buah karya cerpen aku dah dihantar untuk pertandingan menulis cerpen, doakan semoga karya-karya tersebut berjaya menambat hati jurii. Huu. Keputusan akan tau hujung bulan Mac ni, mungkin. Tunggu aje lah, ^^

Dan Nur Najah sihat-sihat ja. Cuma cuaca yang panas sekarang ni biasalah, haritu dah pergi klinik sebab 'kritikal' sangat keadaan. hahaha. Kami doakan hangpa semua sihat sentiasa naa. Aaminn !

Apa lagi ntah nak cakap, update kali ni nak warm up suam-suam kuku ja. Kah ! Nanti yang seterusnya, nak cerita banyak lagi. Nak blogwalking ! Terima kasih sebab ruang chat time kat sidebar blog ni masih 'hidup'. hihii. Nanti aku balas kunjungan tauu. In sya Allah. 

Oke daa,
seorang penulis.