home about cerpen puisi

Tuesday 31 May 2016

Bidadari Hati - Birthday !

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.



Merhaba. Hai hangpa semua. Hehe. Harini berapa hari bulan? 
31 MEI 2016 ?

Weheeee. So harini hari lahir mak kami yang ke---- rahsia. kihkih. Takda apa nak cakap cuma nak habaq ja la hahah kami dah bagi hadiah kat mak kami sehari awai lagi. Semalam dah bagi sebab harini mak takdak, mak balik kampung. huhu

Hadiah apa? Purse ! Haritu dapat voucher dari Zalora so bila dah beli tu, mak kata mak suka so on je lah kasi kat mak. hehe. 

Disebabkan birthday mak terchenta, so kami ada buat puisi untuk mak.. nak baca? nahhhh

-- bidadarihati

Biarpun ada sesipi angin yg meniup aku jatuh,
Dia akan datang berlari untuk memberi aku sembuh.

Walau bagaimana cara untuk melihat aku terbang,
Dia akan tampil beri segala dengan penuh sayang.

Rasakanlah apa sahaja yg hadir dari dia,
Semuanya penuh rasa cinta yang tiada titik gelita.

Pada setiap luka calar yang telah aku bagi,
Pada setiap sedih yang aku campak pada hati,
Dia masih tenang begitu,
Masih tak berhenti menjadi seorang yang sabar untuk aku.

Doa yang tak pernah menyapa noktah,
Kasih yang tak kenal erti menyerah,
Semua dan segala yang masih mencurah,
Semoga dibalas Syurga oleh Allah.

Terima kasih Mak,
Untuk segalanya ; sejak setubuh jasad ini mula mencipta memori dalam dunia ini.

Terima kasih Mak,
Untuk segalanya ; untuk setiap inci pengorbanan yang diberi.

Dan untuk selamanya,
Anak ini Sayang Mak Sangat Sangat.

--

Hadiah yang terbaik untuk mak adalah DOA yang tak pernah berhenti. Kan? Jangan pernah lupa untuk doakan orang tua kita.

Yang pasti takkan ada hadiah yang mampu balas segala jasa dan pengorbanan mak. Memang betul, hanya Allah yang mampu membalasnya. Semoga Syurga milik Mak! Aaminn.

MAK memang insan yang Terbaik, Anugerah yang Terindah, Bidadari Teristimewa.
We LOVE you MOM !


sekian, tata ~
seorang penulis.

Tuesday 24 May 2016

The Powerful Of - Selawat & Al-Fatihah

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.

Merhaba. Selamat membaca manusia sekalian.


Dengan ikhlas hati, saya nak kongsi sedikit pengalaman saya. Sebelum tu nak tanya, pernah tak hilang something yang penting? Contohnya kad pengenalan, sijil-sijil penting, or boleh dikatakan LUPA dimana kita letak sesuatu barang tu? Mesti pernah kan? Kalau dalam situasi macam tu, kalian buat apa? Bertungkus-lumus cari, gelisah, serabut dan segala perasaan negatif tu datang, kan?

Saya nak cerita, tadi saya baru perasan kad pengenalan diri saya hilang. Hilang! Cari dalam purse tak jumpa. Dalan handbag pun takda. Dengan rasa gelisah, saya selongkar bag, fail-fail semua saya teliti, dalam bilik semua saya cari tapi tak ada jugak. Rasa give up sangat.

Sebab saya akan daftar masuk universiti tak lama lagi so kad pengenalan diri tu amat sangat penting! Proses nak siapkan dokumen, nak bankin yuran pendaftaran, nak matikan setem semua tu kena ada kad pengenalan diri. Dah la memang tengah serabut pasal nak register uni, lepastu jadi macam ni memang jadi susah hati. 

Last-last saya masuk bilik, duduk atas katil, pejam mata. Tarik nafas, saya mula baca Al-Fatihah dan lepas tu saya selawat banyak kali. Penuh pengharapan, berharap Allah berikan semula kad pengenalan diri tu pada saya.

Dan lepastu saya terpandang meja di sudut bilik, saya dah cari atas meja tu, memang tak ada. Dekat bawah tepi-tepi meja pun takda. Bawah meja? Saya cari, meja tu rendah jadi bawah tu gelap, saya memang tak nampak waktu cari sebelum ni. Tapi waktu lagi sekali saya check, saya cuba cari guna tangan saya, akhirnya JUMPA!

Ya Allah perasaan waktu tu memang rasa LEGA. Memang TERASA setiap saat saya baca Al-Fatihah and selawat tadi memang NIKMAT yang sangat BERMAKNA.

Tak terfikir sebenarnya kad ni nak jatuh bawa meja, memang terpelosok kat hujung bawah meja tu. Ya Allah, saya punya cari dalam fail sebab pergi temuduga haritu saya letak dalam fail. Rasa macam last sekali memang saya letak dalam fail sebab dalam purse takda. Memang sedih bila cari tapi tak jumpa.

MORAL saya nak cerita, lepas ni kalau hilang atau lupa apa-apa jangan gelabah. 

DUDUK.
BERTENANG.
PEJAM MATA.
INGAT ALLAH.
BACA AL-FATIHAH
SELAWAT.


Allah yang izinkan sesuatu masalah itu terjadi dan Allah juga yang akan izinkan sesuatu masalah itu temui jalan penyelesaian. Yakin dengan Allah. Yakin dengan kuasa Allah. Jangan pernah ragu. Banyakkan selawat untuk mengingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W . 

Sekadar berkongsi pengalaman sendiri dan untuk kita bersama-sama muhasabah diri. Lepasni kalau LUPA / HILANG apa-apa dah tau kan nak buat apa? Usaha untuk mencari dalam masa yang sama kena minta pertolongan ALLAH. Okey? In sya Allah.

Setakat ni dulu, terima kasih baca.

-Seorang Penulis-



Monday 23 May 2016

Love, Panda.

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.

Merhabaaaa. Hello hangpaa semua. Sihat ka? Wehee. Kami nak habaq la kan, kami macam dah jatuh cinta yang teramat sangat laaaa dekat sejenih binatang ni. *baca tajuk* HAHAHA.

PANDA wehh. Macam mana ntah nak terangkan perasaan tu. hahaha poyonya. Tapi memang semua pun akui panda tu sejenih haiwan yang dikategorikan sebagai spesis COMEL. Kan?


Dah la dengan eyebag yang comel tu. Aumm. Lepastu kalau anak-anak panda ni dah la manja, pastu comel dia Ya Allah double tripleee ! Haihh.

Lama dah sebenaqnya minat dengan panda ni. selain kucing, panda ni dlm kategori yang aku nak bela jugak la! berangan? Haa tau ja. :P 

Kami pernah kot habaq kat mak kami yang kami nak bela panda. hahaha. Mak pun layankan jelaa anak dia ni. Wehee. Kalau dapat bela sekoq ni memang heaven gila la. In case kalau memang tak boleh bela pun, (hahhaaha) dapat tengok real depan mata pun jadilah. Nak selfie. nak bagi flying kiss. Kalau best lagi, nak kasi big hug ! 


Alahai. kuku dia pun comel. Telinga diaa seciput warna hitam tu. admiree gilaaa. I kennot laa macam ni. hehehe. Sampai sekarang ni tahap nak beli semua barang yang berkaitan dengan panda. Haritu usyar printed shirt gambaq panda. lawoooo sangat ! Pastu nak beli bear panda nak buat peluk waktu tidoq. Kihkih. Duit ja takdak. terkubur terkabur impian. Tunggu la kaya sikit nanti. lol


Tapi ada jugak kan jenis phobia dengan haiwan berbulu comel macam ni. Kan? Sapa tu, baik ngaku haaa! ekeke. Sebab kami ada kawan sorang, memang tak boleh dengan spesis macam panda ni. Hilang nikmat dunia. hahaha. :P 

Macam meroyan ja entry kali ni kan? Takdak apa pun. hahah. Cuma nak share je lah. Sapa geng dengan kami angkat kening sikit. :P Pastu nak habaq, haritu baru tengok movie Kungfu Panda 2016 tu. Hahaha agak ketinggalan bas la jugak. Yang penting dah dapat download and tengok puas-puas. Hehe.


Tu jee lah. Gerak lu, pape rogerr.
seorang penulis. 


p/s : bila ntah aku tulis entry ni, 
sbb nak update blog so harini aku post jelahh. 
sorry kalau blog ni mcm kelam huaa. 
tunggu budak ni ada story nak beletiaq nanti naaa.

Friday 20 May 2016

Titan Watch Designs.

Assalamualaikum and hello everyone ! Are you one of the shopping online user? Do you love watch? Looking for new collection? Here we are !


3 TITAN WATCH DESIGNS TO ADD INTO YOUR WISHLIST

Titan is a popular brand which offers stylish watch designs for women to choose from based on the latest trends. Ladies who are looking for that timeless piece of accessory that would stand the test of time will definitely fall in love with  TITAN WATCH DESIGNS for women collection. Who doesn’t love a nice trendy looking watch? For individuals who are overwhelmed with the choices and have no idea which piece to choose from Titan collection can take a look the must-have pieces to add into your wish list below.

The Solid Link




Women who want to portray an elegant touch to their appearance will adore the Titan solid link watch designs. The creative feminine design of the watch adds that soft yet stylish element to your entire outfit. Choose from the wide range of trendy watches from the brand which matches your fashion taste and flaunt it with confidence everywhere you go.

Sleek Leather Watch



Ladies who prefer simplicity with a touch of glamour will find Titan’s sleek leather watch designs the perfect fit. Leather watches from Titan are suitable for women to mix match with anything they own. Be it casual or formal, the Titan leather watch designs will always make you look effortlessly fashionable.

Metal Watch


Individuals who want a more exclusive appeal can take a look at the embellished metal watches available from the brand. The embellished jewels on the face of the metal watch from Titan gives you that extra glam on your day out. Pull it together with a dress, formal wear or evening wear and step out feeling confident as ever.


Falling in love, right? Till then, bye!

Wednesday 18 May 2016

IPG and UIA ?

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.


Merhaba. Hello hangpa. Disebabkan budak ni dalam proses nak sambung belajaq, so entry kali ni nak story la sikit.

Between Institut Pengajian Guru & Universiti Islam Antarabangsa, dua-dua adalah tunjang utama aku. And honestly, aku more kepada IPG. 

Uia tu memang comfirm dah dapat, Alhamdulillah. Result upu dah keluaq Isnin lepas, so Uia adalah pilihan utama aku and situlah rezeki aku dalam kos Ilmu Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam. Uia memang impian aku sebab UIA wehh ! Antara uni yang best, yang jadi admire. Kalau tak, takkan la ramai geng-geng kelas aku mohon and dapat Uia. hihi.

And sukacita dimaklumkan, andai kata aku dapat ipg, aku akan ucap goodbye pada uia. Result ipg awal bulan 6 nanti. Agak seksa juga nak tunggu result tapi takpa, kena sabar and untuk permulaan ni kena buat pengesahan untuk kemasukan ke uia. Kalau tak sahkan, nanti kalau tak dapat ipg? merana hidup aku, kena kawin terus nanti kot. lol

Kenapa aku nak sangat ke ipg sedangkan uia tu kira awesome sangat dah ?

Sebab, aku bukan fikir nak masuk pusat pengajian yang aku admire dari dulu tanpa periksa kebolehan and kemudahan hidup aku. Aku fikir banyak kali dah and makin lama aku makin tertarik dengan ipg. Aku nak jadi cikgu weh. Plus, semua orang tau kan, student ipg dapat elaun, kerja In sya Allah dah tentu dapat (sabaq tunggu posting je lah) , and banyak lagi kelebihan lain. Bagi aku ipg memang unik.

Plus! my mom memang nak aku masuk ipg, mak nampak kot rezeki anak dia ni. Naluri seorang ibu tu tak pernah menipu. Dari UKCG sampai Interview IPG, mak la yang paling semangat. Aku tau doa mak tak pernah berhenti untuk aku. Ayah yang tak berapa sihat tu pun gigih ikut jugak aku waktu interview, mana aku tak semangat. Aku bagi all out waktu iv yang lepas! T.T

Andai kata, kalau aku tak dapat ipg, tempat aku memang di uia la. takda yang lain lagi. matriks tak dapat, form6 tak daftar, so memang antara uia dgn ipg je sekarang ni. Kalau takdir aku dengan uia, aku kena lebih cekal lah rasanya. hahaha. gerun pulak rasa nak masuk universiti ni. lol

Anyway, aku tau kat mana kedudukan aku, level mana keupayaan aku, so aku berharap sangat nama aku antara yang terpilih untuk kemasukan pelajar ke IPG bulan 6 nanti. Aminn. Tolong terbangkan doa untuk Najihah. T.T

Hahhh ! Cakap pasal kemasukan bulan 6, uia pun masuk bulan 6 nanti. Bulan 6 wehhhh. Puasaaa. *nangeh tepi katil* hahaha. Awal-awal dah puasa berjauhan dgn family. Nanti comfirm homesick! Budak ni dah la manja. Nanti emm teriak bukak posa dengan ayaq mata. :P


Apa-apa pun, doa tu penting. Allah tahulah yang terbaik untuk hambaNya. Level hidup ni, makin lama makin mencabar. Jangan mengalah, jangan berhenti berusaha. Senyum banyak, risau sikit, okey? Mana-mana pusat pengajian pun ada lebih kurangnya kan? Hidup ni mesti kena kuat kalau taknak semangat melarat. :)

Kepada kakak senior, ada tips or nasihat utk junior ni? Mai la bagi. Cerita sikit. Hehe. Terimakasih sudi baca budak ni luah perasaan.


till then, bye.
seorang penulis.


#Ananasgoodmood Shawls Giveaway

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.

Merhabaa !


*klik banner utk join*

Nahhh. Tudiia giveaway best ni sebab hadiah dia SHAWLS ! Pi lekaih join sebab GA ni tamat Ahad nanti , 22 May 2016. 

GOOD LUCK SEMUA !

byebye,
seorang penulis.

Monday 16 May 2016

Interview IPG untuk PISMP.

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.


Merhabaaa ! Hello gaiss. Like seriously, last update bulan April? wuhuu. I dont why, memang rasa nak on lappy tu punya beratt sangat la. Em.

Alright, just nak cakap Alhamdulillah Nur Najihah Shafie berjaya lulus Ujian UKCG yang lepas ! Weeheee. Ingat tak aku ada story haritu? And yes, aku lulus ujian tu. Syukur sangat!. So bila dah lulus kena la pergi interview pulak. Yuhuu.

For the first time untuk hadirkan diri ke interview memang tak tergambar la perasaan tu weii. Debaq dia, gemuruh dia, takut cuak and all those bad feelings datang serentak ! Tak tipu ni. And i guess sesapa ja yang pergi interview mesti rasa perasaan yang sama kan? Because we want do the best, right? yeah.

Bertarikh 12 Mei 2016 berlangsung la interview tersebut di Institut Pengajian Guru Kampus Ipoh. Keluaq rumah pukul 5, subuh dekat R&R Sungai Perak. Sampai-sampai ja memang sharp. Terus masuk bilik menunggu. And lepastu diberi taklimat. Aku sesi kedua, so kena tunggu lagi dalam bilik menunggu sampai pukul 10.30. Waktu tu kami dah tahu kumpulan dengan sapa, so kami sembang-sembang la. Ada 5 orang antara kami. Seronok bila dapat geng yang gila gila sama macam kita. Hilang nebesss. Weheee.

Aku syukur sebab bila dah masuk bilik interview tu, aku boleh kawal perasaan negatif tu. And bila sampai turn aku, aku boleh jawab and yakin dengan apa yang aku kata. Serious, rasa puasss sangat. Alhamdulillah. Hopefully, diterima. Berharap sangat.

Penilai yang interview kami tu sangat cool ! Memang seronok la. Rasa macam best ja bila ditanya and kita rasa semangat nak jawab. Disebabkan aku ambik kos Bahasa Melayu, so aku bercerita la pasal aku ada senaskah karya yang bakal diadaptasi. Rasa lagi semangat sebab kita ada hujah untuk dibualkan. Alhamdulillah. 

Cuma nak cakap, bila kita buat sesuatu, perbetulkan niat kita. Bayang muka mak ayah yang berharap yang tak jemu doakan untuk kita, mesti kita semangat nak buat yang terbaik. Perlu yakin Allah akan beri kita yang terbaik. :)

Last, please pray for me. Doakan budak ni diterima masuk ke IPG. Result awal bulan 6 nanti. Doakan ye! Thank you guys. ^^


LOVE,
seorang penulis.